"Pada hari ini (semalam) saya ingin membuat penjelasan mengenai tajuk-tajuk di media semalam (kelmarin) berkenaan pembatalan Konsert GenKRU di Pulau Pinang (yang dilaporkan). Tapi sebenarnya kalau dibaca, initipati apa yang ditulis lebih jelas, tetapi tajuknya agak sens@si.
"Jadi, saya nak umumkan di sini sebenarnya KRU tidak pernah mengumumkan tentang kewujudan konsert itu atau pun melancarkan tiket konsert di Pulau Pinang atau di mana-mana negeri.
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah kami mempunyai hasrat untuk membuat Konsert GenKRU ini di beberapa negeri, namun apabila kita lihat daripada kajian teknikal dan apa juga yang boleh dibuat, kami berasakan hasrat itu yang dibatalkan."
Demikian jelas anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 54, dalam video yang dimuat naik di media sosial, dimana dia memaklumkan, akur hasrat mereka yang ingin menghiburkan peminat di beberapa negeri menerusi perancangan konsert belum lagi menjadi kenyataan.
Norman tampil mengeluarkan kenyataan terkininya susulan kelmarin media melaporkan penganjuran Konsert GenKRU yang dirancang di Pulau Pinang pada hujung bulan ini disahkan terpaksa dibatal.
Dalam kenyataan itu, Norman berkata, ia sama sekali bukannya hasrat untuk mengadakan konsert di Pulau Pinang, tetapi hasrat untuk mengadakan konsert jenama GenKRU itu di sana (Pulau Pinang) kerana percaya bahawa atas sebab-sebab teknikal dan apa yang sudah dipersembahkan di Axiata Arena tidak boleh diulang semula mengikut apa diharapkan.
"Jadi biarlah Konsert GenKRU di Axiata (Arena) itu diabadikan dengan kelasnya tersendiri, istimewa untuk diabadikan oleh semua peminat yang hadir. Sebenarnya kami ada rakamkan juga konsert itu dan kami akan buat siarannya.
"Tapi apa yang berita baiknya, kami juga sedang teliti format dan juga kandungan persembahan bagi konsert-konsert (KRU) di luar Kuala Lumpur dengan jenama lain dan bukannya jenama GenKRU.
"Ini kerana pastinya kami tidak mahu kec£wakan peminat yang pernah hadir (ke Konsert GenKRU) dan mula membandingkan apa kami buat di negeri lain dan di Kuala Lumpur. Jadi, kami tidak mahu mengec£wakan sesiapa," ujarnya.
Dalam pada itu, ulas Norman lagi, sekiranya konsert jenama GenKRU itu diadakan sekali lagi, pastinya ia harus lebih besar daripada apa yang pernah KRU buat di Stadium Axiata Arena.
"Jadi, apa-apa pun kami fikirkan hanya terbaik untuk peminat, kami tidak mahu kec£wakan sesiapa dan nantikan pengumuman daripada kami secara rasmi. Jangan dengar khabar angin, yang penting dengar daripada sumber rasmi," tuturnya.
Pada awal Mei lalu, Konsert GenKRU yang dipentaskan empat malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) dan ia melakar sejarah baharu buat trio adik-beradik popular itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment