11 August 2025

DIUMUM JUARA RAISE THE STAR MALAYSIA - DIDIE MAHU BAL4S JASA KAKAK YANG BANYAK BERK0RBAN, BERI SEPARUH WANG KEMENANGANNYA



"Kakak banyak berk0rban menjaga kami semua selepas ibu bapa bercerai sewaktu saya berusia sembilan tahun. Ayah pilih pulang ke Sarawak.

"Dia sanggup berhenti sekolah sewaktu di tingkatan empat kerana nak beri peluang kepada enam adik beradik lain memandangkan keluarga kami tidak berkemampuan.

"Saya merasakan kakak memang selayaknya mendapatkan wang kemenangan ini. Selebihnya pula saya akan gunakan untuk berkarya dalam seni."

Itulah kata Didie Shazry, 23, dimana dia mahu membal@s jasa kakak sulungnya, Asniza Norsita, 33, yang banyak berk0rban terhadapnya, selepas bergelar juara untuk edisi pertama program realiti nyanyian, Raise The Star Malaysia (RTSM).

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Didie yang berasal dari Kudat, Sabah itu berhasrat berkongsi separuh daripada wang kemenangannya berjumlah RM30,000 menerusi program terbabit kepada kakaknya.

"Saya sebelum ini tak beritahu dia mahu membahagikan wang kemenangan bersama. Ini merupakan satu kejutan buat kakak.

"Saya memang sudah berniat mahu berkongsi wang kemenangan ini. Dia memang layak mendapatkan apa yang saya terima ini (hadiah wang tunai)," ujarnya yang berkata, jasa kakaknya tidak terbal@s.
Tambahnya, kakaknya itu sanggup datang dari Sabah untuk memberi sokongan dan menonton sendiri persembahannya di program realiti hiburan tersebut.

"Pada malam ini (Ahad), kakak hadir melihat saya di pentas akhir. Di minggu separuh akhir pun dia sanggup datang dari Sabah untuk lihat saya membuat persembahan," tuturnya.

Berkongsi lanjut mengenai kehidupannya, Didie memberitahu, dia pernah melalui cab@ran g£tir dalam hidup apabila pernah dijaga oleh keluarga angkat sehingga usianya 16 tahun.

Bagaimanapun, tutur Didie, dia kembali menetap dengan kakak selepas kem@tian bapa angkatnya dan kemudiannya dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.
"Saya tinggal dengan kakak sejak usia 9 tahun hingga 12 tahun. Selepas itu saya diambil sebagai anak angkat oleh arwah abah angkat saya dan dialah yang banyak mengajar saya tentang muzik.

"Saya hidup dengan keluarga angkat sampai tingkatan empat kerana bapa angkat meninggal dunia dan kemudiannya tinggal semula dengan kakak," jelasnya yang mengambil pendidikan muzik.

Malam tadi, Didie mencatat kenangan manis apabila diumumkan sebagai juara Raise The Star Malaysia dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 bersama sebuah trofi.

Didie berjaya men£waskan sembilan lagi peserta lain menerusi lagu 'Melompat Lebih Tinggi' nyanyian Sheila On 7 dan single baharu ciptaan penyanyi Aina Abdul berjudul 'Peganglah Hati'.
Menerusi persembahan di segmen The Grand Encore yang menampilkan lima peserta teratas, Aina turut tampil bermain piano mengiringi nyanyian Didie yang memberi persembahan bertenaga.

Sementara itu, Zuana dan Rayme diumumkan sebagai naib juara serta tempat ketiga, dimana masing-masing membawa hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Bagi tempat keempat dimenangi oleh Hariz Fayahet, manakala Keka pula berpuas hati menduduki tempat kelima. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM 5,000 berserta trofi.
Semua pemenang The Grand Encore akan mendapat sebuah single terbaharu terbitan Rocketfuel Entertainment.

Selain lima pemenang The Grand Encore, lima lagi peserta bersaing pada malam akhir termasuk Sharee Lopes, Zury, Pasya, Aril Eles dan Aliff Amie.

Bagi kategori Gempak Star On Fire dimenangi oleh Zury yang mendapat undian tertinggi daripada peminat, manakala Umobile Unbeatable Star menjadi milik Pasya yang membawa hadiah wang tunai RM5,000.

Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian peminat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: