"Terbaca jugalah komen dan saya rasa p£lik sebab perkara ini biasa, rutin dan memang tugas seorang suami. Tak, sekarang ni suami memang bukan macam itu ke sebelum ini? Tak ada orang buat dah ke? Saya terfikir macam itulah.
"Kenapa video ini viral? Adakah dunia dah berubah dan lelaki tak buat perkara itu? Saya tak pasti tetapi saya dibesarkan dengan cara macam ini. Ayah saya, keluarga dan kawan saya pun memang macam ini, cuma tak tahulah kalau di luar sana tak ada benda macam ini."
Demikian ujar pelakon Remy Ishak, dimana dia meluahkan rasa hairan apabila video perkongsiannya membantu isteri, Ezza Yusof menguruskan serta menjaga anak menjadi perhatian ramai.
Kata Remy, dia ada membaca komen dan p£lik apabila tindakannya itu dipuji tapi sebaliknya, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab serta tugas sebagai seorang suami.
Remy dalam masa sama turut mempers0alkan adakah suami zaman sekarang tidak sebegitu kerana dia dibesarkan dengan cara sedemikian.
Dalam pada itu, jelasnya lagi, setiap kali ada peluang, dia akan sentiasa membantu isteri dan dia akan mengambil alih menguruskan rumah jika isterinya keluar bersama anak mereka.
"Sebenarnya isteri saya yang banyak jaga Tuah dan saya akan ambil alih benda lain. Kalau saya betul-betul cuti, barulah kita buat bersama dan saya nak luang masa bersama keluarga," katanya.
Untuk makluman, Remy dan isterinya, Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Tuah yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment