"Memang itu yang berlaku. Ibu dia memang tak suka dua, tiga individu yang menjadi 'penasihat' Anna. Menurutnya, ada antara mereka ini berfikiran bebas, lib£ral dan sebagainya.
"Ibu mana yang nak jah@namkan anak? Tentunya dia nak benda yang baik untuk anaknya. Dari awal lagi, dia dah nasihatkan anaknya, individu-individu ini ada ag£nda tersembunyi dan Anna perlu berhati-hati."
Demikian ujar peguam yang mewakili ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, dimana katanya, Ariz tidak selesa dengan beberapa individu yang dekat dengan anaknya yang didakwa menjadi b@tu ap1 dan punca ker£takan hubungan mereka.
Menurut Akberdin, mustahil untuk seorang ibu menjah@namkan hidup dan karier anaknya, selain turut memberitahu, anak guamnya itu juga membesarkan dan tinggal bersama anaknya sejak dilahirkan.
"Walaupun Anna dah besar, tapi tidaklah tua sangat, sudah berkahwin atau ada anak-anak. Dia masih bujang dan baru berusia 25 tahun.
"Selama ini pun, dia dengan ibunya juga sepanjang tempoh membesar dan bukan dengan orang lain. Sejak dia dilahirkan sehingga dewasa, dia tinggal bersama ibunya," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai situasi yang mel@nda Ariz baru-baru ini, Akberdin menjelaskan, kr0nologi situasi yang berlaku di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, baru-baru ini.
"Pada 10 Ogos lalu (Ahad), Ariz dan Anna berada di pusat beli-belah itu untuk minum bersama. Mereka datang berasingan. Ketika di sana, timbul sal@h faham dan kedua-dua mereka menuju ke kereta milik Anna untuk berbincang.
"Namun, kerana bers£lisih faham, Anna kemudian meninggalkan ibunya di dalam kereta dan mengunci dari luar dan dia mula p@nik. Ariz kemudiannya membuat laporan polis mengenai perkara itu," ceritanya.
Akberdin turut dalam masa sama turut mengulas mengenai permulaan 'p£rang ding1n' antara anak dan ibu itu, dimana maklumnya, semuanya bermula apabila Ariz men£gur anaknya supaya tidak h@nyut dalam populariti.
"Sal@h faham antara Anna dan ibunya timbul selepas ibunya kerap menasihatkannya agar tidak melupakan hukvm syarak dan tidak h@nyut dalam populariti. Dia hanya mahu anaknya itu berada dalam landasan yang betul.
"Itu asam garam dalam kehidupan dan hubungan antara ibu dengan anak. Biasalah kalau seorang ibu menegur anaknya. Namun, anaknya tidak bersetuju dengan t£guran itu lebih-lebih lagi selepas semakin popular," tuturnya
Terdahulu, pada Mac lalu, Anna mendapatkan perintah injunksi dari mahkamah, menghalang ibunya mendekatinya.
Namun, selepas perbincangan damai, kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkan perintah itu dengan beberapa syarat.
Kepincangan antara kedua-dua mereka kembali reda, namun mula hangat diperkatakan semula selepas insid£n yang berlaku Ahad lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment