15 August 2025

K£S S£RANG BEKAS ISTERI - RADHI OAG BEBAS PERTUDUHAN, PEGUAM PERTIMBANG AMBIL TINDAKAN BAL4S



Pada Jumaat, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskan penyanyi Radhi OAG, 48, daripada pertuduhan meny£rang bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiril.

Peguam yang mewakili Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi berkata, keputusan itu dibuat oleh Majistret Farah Azura Mohd Saad selepas mendapati pihak pendakwaan gag@l membuktikan k£s prima facie terhadap penyanyi itu.

"Pagi tadi sekitar 11:30 pagi, majistret beritahu dapatan dan alasan yang mereka simpulkan. Disebabkan dapatan itu, mahkamah mendapati tiada prima facie, maka dilepas dan dibebaskan anak guam saya. Tiada prima facie sebab tiada bukti menunjukkan wujudnya s£rangan terhadap pengadu.

"Wang jaminan juga dikembalikan," kata Haziq Aizuddin yang turut memaklumkan, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada bekas isteri Radhi bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka.

"K£s ini dah selesai, tapi kami mungkin akan pertimbangkan untuk keluarkan LOD kepada bekas isterinya. Sebelum ini dia ada buat kenyataan berlebihan (over statement) sehingga menj£jaskan imej anak guam saya dan menyebabkan Radhi hilang tawaran kerja," jelasnya.

Dalam pada itu, kongsi Haziq Aizuddin, sebaik sahaja keputusan diumumkan, Radhi yang mempunyai dua orang anak itu melahirkan rasa syukur dan gembira.

Klik untuk gambar besar

"Dia terus ke surau untuk sujud syukur dan menunaikan solat. Radhi bersemangat sebab sebelum ini dia memang sus@h nak dapat tawaran kerja disebabkan k£s ini. Saya anggap dia macam Johnny Depp Malaysia," ujarnya bers£loroh.

Terdahulu, Radhi didakwa dengan sengaja menced£rakan bekas isterinya pada 19 April 2022, kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Pada Julai 2023, Shahira mengesahkan dia tidak mahu menarik semula laporan polis berhubung k£s berkenaan atas beberapa faktor yang perlu diselesaikan.

Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Kes£ksaan yang memperuntukkan hukvman penj@ra maksimum setahun atau d£nda hingga RM2000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali, kemudian mengaku tidak bersal@h di atas pertuduhan tersebut.

Untuk makluman, Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak yang diberi nama Nur Aisyah, 9, dan Muhammad, 8, tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: