Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifah telah menjadi perhatian selepas perubahan bentuk badan menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang menyangka dia kini sedang hamil.
Menerusi gambar yang dikongsi di media sosial, bahagian perut Syarah kelihatan seperti 'baby bump', bagaimanapun dakwaan itu dinafikan isteri Aiman itu.
Syarah secara berselor0h memberitahu, perubahan itu disebabkan terlalu banyak makan, bukan kerana sedang berbadan dua.
"Itu 'food bump' ya. Saya tak mengandung," jawabnya ringkas apabila ada yang mengucapkan tahniah.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Syarah turut memohon orang ramai mendoakan agar mereka dikurniakan cahaya mata.
"Doakan yang baik-baik," ujarnya yang berkahwin dengan Aiman pada 27 April 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment