22 August 2025

MAHU RANGKUL BAHU PRESIDEN INDONESIA - TINDAKAN AISAR KHALED DIT£PIS PENGAWAL KESELAMATAN, NETIZEN SIFATKAN IA KETERLALUAN



Nama Aisar Khaled nampaknya sekali lagi mencur1 perhatian ramai apabila tindakan personaliti media sosial itu yang mahu merangkul bahu Naib Presiden Indonesia (Wapres), Gibran Rakabuming Raka, dit£pis oleh pasukan pengawal keselamatan.

Menerusi perkongsian video tular di media sosial, Aisar atau nama penuhnya, Aisar Khaled Kamel, 25, dilihat cuba merangkul bahu Gibran sebagai menunjukkan tanda keakraban sewaktu menyertai lawatan rasmi ke pembukaan Festival Pacu Jalur 2025 yang berlangsung di Riau, Indonesia.

Tindakan Aisar itu segera mendapat perhatian anggota pasukan pengawal keselamatan Wapres yang pantas men£pis tangan personaliti media sosial itu sebagai isyarat menjaga batas prot0kol rasmi kerajaan Indonesia.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, anggota pasukan keselamatan turut segera bertindak mendekati Gibran bagi memastikan pengawasan dan etika interaksi dikekalkan.

Meninjau ke ruangan komen, insid£n tersebut turut menjadi perhatian netizen yang menyifatkan tindakan Aisar itu adalah keterlaluan.
"Itu Naib Presiden, kau (Aisar) main rangkul saja dah macam kawan baik."

"Sudahlah Aisar jangan berlebihan, itu adalah Naib Presiden Indonesia faham tak?"

"K£sal dengan tindakan Aisar, dengan Naib Presiden nak dirangkul pula. Sopan sikitlah," tulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: