28 September 2025

A AIDA SUDAH SEDARKAN DIRI, BOLEH BERCAKAP - ANAK LUAH RASA SYUKUR, KATA IBUNYA MASIH PERLU DIPANTAU : "DOKTOR TAK KASI ORANG LUAR DATANG MELAWAT MAMA SEBAB T4KUT JANGK1TAN KUM4N..."



"Assalamualaikum. Alhamdulillah mama sudah sedarkan diri, cuma selalu kena dipantau dan masih belum boleh dipindahkan ke wad biasa.

"Kepada kawan-kawan mama minta maaf, tapi memang doktor tak kasi orang luar untuk datang melawat mama buat masa sekarang sebab t@kut jangk1tan kum@n dan tak nak ambil apa-apa ris1ko.

"Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh sepenuhnya. Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua."

Demikian jelas anak kedua kepada penerbit drama terkenal dan pelakon, Datuk A Aida, 55, iaitu Azeva Natassha, 24, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia turut menyertakan emoji hati berwarna merah.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian tersebut, Azeva yang juga seorang pelakon itu memaklumkan, ibunya sudah sedar daripada ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital akib@t r£bah selepas melakukan fisi0terapi, baru-baru ini.

Semalam, Azeva menerusi media sosial telah berkongsi perkembangan p0sitif A Aida, termasuk memohon doa ramai terhadap kesembuhan segera ibunya itu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memaklumkan, rakan baiknya, A Aida sudah boleh bercakap selepas sedarkan diri hari ini, setelah hampir tiga hari ditidurkan.
"Alhamdulillah sahabat saya, Datuk A Aida sudah kembali sihat dan sekarang beliau sedang berehat. Last saya menziarahinya bersama anak-anak beliau tengah hari tadi (28 September 2025), jam 1 petang.

"Alhamdulillah, sudah boleh bercakap dan minum. Semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Hidayah milik Allah," katanya dengan penuh rasa kesyukuran, dimana dia turut berkata, A Aida tidak memerlukan bantuan alat oksigen.

"Alhamdulillah A Aida menunjukkan perkembangan yang p0sitif tengahari semalam. Tahap kesihatannya bertambah baik. Doktor sudah mencabut wayar-wayar di mulutnya dan dia tidak perlu lagi bergantung bantuan oksigen," tuturnya.
Mohd Izhar dalam masa sama turut berterima kepada semua pihak yang tidak henti mendoakan A Aida selama dia berada dalam keadaan krit1kal.

"Alhamdulillah berkat doa orang ramai di masjid dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakannya, dia sudah kembali normal. A Aida orang yang baik, jadi pasti ramai yang mendoakan kesejahteraannya.

"Terima kasih kepada semua rakan-rakan artis, wartawan dan rakan taulan yang bertanya khabar serta mendoakan," ujarnya yang sebelum ini ada berkongsi berita A Aida dimasukkan ke ICU di sebuah hospital akib@t r£bah selepas melakukan fisi0terapi pada Khamis lalu.

Jelasnya lagi, Selasa lalu, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, menjalani pemb£dahan lutut dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba r£bah selepas sesi rawatan itu dilakukan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: