"Ia satu keputusan yang suk@r. Saya dan bapanya masih lagi dalam perbincangan kalau dia nak pergi luar negara. Kami masih lagi mempertimbangkan beberapa pilihan. Mungkin Aleesya ambil peluang belajar dalam negara dahulu. Nak berpisah memang agak berat."
Itulah ujar Erra Fazira, dimana pelakon dan penyanyi itu berkata, suatu hari nanti dia akan sedar apabila perlu melepaskan Engku Aleesya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, selepas melihat pencapaian cemerlang anaknya dalam bidang akademik.
Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, menjelaskan, dia tidak menolak kemungkinan puteri tunggalnya itu berpeluang menyambung pengajian ke luar negara, namun, perkara tersebut masih dalam perbincangan bersama bekas suami, Engku Emran.
Klik untuk gambar besar
Tutur Erra, sebagai seorang ibu yang juga pernah menuntut di sekolah berasrama, dia sendiri mahu anaknya itu belajar tentang cara hidup berdikari di masa akan datang.
"Saya mahu Aleesya duduk asrama supaya dia tahu erti sus@h. Sebagai ibu saya perlu melepaskan anak untuk dia belajar berdikari. Tetapi bapanya belum bersedia. Mungkin dia fikir Aleesya masih kecil," katanya.
Untuk makluman, Aleesya merupakan anak hasil perkahwinan Erra bersama Engku Emran sebelum ini, dimana mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007, sebelum berpisah secara baik pada 18 Februari 2014.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment