Takziah diucapkan kepada keluarga pengarah animasi 'Ejen Ali' yang dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir atas pemergiannya selepas may@tnya ditemukan di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah, pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan perkara itu memaklumkan pihaknya terdahulu menerima panggilan kec£masan pada petang Selasa.
"M@ngsa kemudian ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dipercayai hilang," katanya.
Andi dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas dia t£rjun dari atas jambatan di kawasan berkenaan.
Sebelum itu, m@ngsa bersama isterinya terlibat dalam sebuah kemal@ngan ketika dalam perjalanan dari Tawau menunju ke Kota Kinabalu.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, berkongsi berita sedih, individu dikenali sebagai Yuesran Muhamad Salleh memberitahu, Andi dan isterinya itu baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.
Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan perancangan majlis perkahwinan itu, Yuesran berkata, dia terk£jut menerima berita tersebut.
"Baru-baru ini pada 16 September dia (Andi) baru saja melangsungkan perkahwinan menggunakan khidmat kami. Baru saja seminggu kahwin, itu yang membuatkan kami semua rasa terkesan dengan berita pemergian ini," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment