24 September 2025

ZARA ZYA REDA KUCING KESAYANGANNYA, BESHETIK DISAHKAN HIDAP LEUK£MIA, MOHON DOA : "SAYA NAK BELAJAR CARA TERBAIK UNTUK PASTIKAN DIA TETAP BAHAGIA & RASA DISAYANGI WALAUPUN S4KIT"



"Baru dapat tahu hari ini, kucing kesayangan saya Besh£tik ada leuk£mia (FeLV). Memang sedih bila dengar... tapi saya pilih untuk terus kuat, sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya."

Demikian kata pelakon Zara Zya, dimana dia berkongsi khabar duk@ kucing kesayangannya yang dikenali sebagai Beshetik disahkan menghidap peny@kit leuk£mia (FeLV).

Khabar itu dikongsikan sendiri oleh Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin menerusi media sosial miliknya dengan berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya memeluk Beshetik.

Dalam kesedihan, pelakon itu juga reda dan kuat kerana sedar kucing peliharaannya itu memerlukan penjagaan rapi selepas ini.

Klik untuk gambar besar

Bimbang dengan keadaan Beshetik yang kini sudah berusia 11 tahun, Zara juga meminta nasihat orang ramai untuk merawat kucingnya itu, malah dia juga berjanji untuk terus menjaga Beshetik dengan kasih sayang.

"Ada tak sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ini? Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun s@kit. Doakan Beshetik ya," luahnya.

Perkongsian pelakon berusia 40 tahun itu meraih perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dan mendoakan kesembuhan Beshetik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: