"Alhamdulillah, arwah (suami) pergi senang sangat dan wajahnya nampak bersih dan macam dalam tidur sahaja. Saya dan anak-anak juga reda dengan pemergiannya itu.
"Sepanjang hidup bersama, arwah tidak pernah memb£bankan saya dan anak-anak. Saya juga mohon kepada semua rakan yang mengenali arwah supaya turut sama mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan yang beriman."
Itulah jelas pelakon veteran, Dian P Ramlee, dimana dia berkongsi berita sedih suaminya iaitu Md Amanti Ahmad, 72, telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di USJ Subang Jaya pada jam 10.50 pagi tadi.
Dalam pada itu, Dian atau nama sebenarnya, Salfarina Mum, 67, meluahkan rasa syukur apabila urusan pengakhiran suaminya juga dipermudahkan Allah SWT.
Kata Dian ketika dihubungi, arwah suaminya itu memang ada menghidap k£ncing manis dan keadaan jantungnya juga lemah serta mula kurang sihat sejak sambutan Aidiladha lalu.
"Suami okay sahaja pagi tadi tapi dia beritahu cuma berasa letih dan lemah. Sepatutnya, kami merancang nak pergi majlis perkahwinan sepupunya tapi tak jadi kerana keadaannya lemah.
"Saya pun naik ke tingkat atas untuk salin baju tapi kemudian dengar macam ada bunyi kat bawah dan tengok suami tengah tarik nafas dia yang akhir dan terus senyap," tuturnya yang turut memaklumkan, jenazah arwah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ hari ini.
Difahamkan, Allahyarham Md Amanti sudah bersara dari berkhidmat sebagai pramugara dan kerjaya terakhirnya juga sebagai jurulatih untuk kabin kru baharu.
Untuk makluman, Dian mendirikan rumah tangga bersama arwah Md Amanti pada 28 September 1981 dan kekal hingga sekarang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, Siti Arianti dan Siti Adianti serta enam cucu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment