"Tak terkira pelawat yang datang selepas Selasa yang lalu. Hari-hari ada orang lawat pada waktu tengah hari sampai ke petang. Banyak kawan-kawan artis, pengarah, dan peminat melawat.
"Ayah nampak 'happy' jumpa kawan-kawannya serta peminat. Mestilah 'happy' apabila ramai ambil berat kan? Dia juga seronok dapat bersembang dengan mereka."
Demikian kata anak sulung kepada pelakon dan pelawak veteran, Sathiya, 61, iaitu Amani Sathia, 36, dimana dia gembira melihat senyuman bapanya yang ternyata disayangi ramai bahkan kisahnya mendapat perhatian masyarakat.
Ujar Amani, bapanya itu terharu dan sangat gembira apabila setiap hari menerima pelawat sama ada rakan artis mahupun peminat sejak kaki kirinya dipot0ng, baru-baru ini.
Kongsinya lagi mengenai keadaan bapanya itu, Sathiya masih ditah@n di hospital berikutan sel dar@h putihnya tinggi selepas kaki kiri dipot0ng akib@t k£ncing manis kr0nik.
"Ayah okay sekarang cuma ditah@n kerana perlu masuk ubatan untuk situasi dar@hnya itu. Doktor cakap kena ambil ubatan itu untuk kurangkan kum@n dan selepas itu boleh balik. Tapi tak pasti bila boleh balik," jelasnya.
Amani dalam masa sama turut menzahirkan rasa syukur terhadap keprihatinan ramai yang sudi menyumbang pelbagai jenis bantuan buat Sathiya.
"Ya memang ada ramai orang beri sumbangan termasuk kawan-kawannya yang datang tengok dia. Pengarah Murali Abdullah pun ada datang dan salur bantuan sumbangan juga," tuturnya.
Beberapa hari lalu, Murali Abdullah antara yang berkongsi kisah Sathiya dan memohon jasa ramai untuk salur bantuan buatnya.
Terdahulu, kaki kiri pelakon dan pelawak veteran itu dipot0ng akib@t k£ncing manis kr0nik yang dihidapi dalam pemb£dahan di Hospital Ampang, Selangor.
Sathiya sangat p0sitif dan optimis dengan cadangan doktor, malah bintang sitk0m popular 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu tidak menunjukkan reaksi sedih atau kec£wa selepas menjalani pemb£dahan.
Disamping itu, Amani juga ada berkongsi, bapanya menyatakan hasrat untuk terus berlakon jika masih mendapat tawaran.
Sebelum pemb£dahan, Sathiya ada beritahu, jika ada 'job', dia akan terima biarpun berkerusi roda.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment