"Hadiah terbesarku.. menjalani hidup ini dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan bersama mu di dunia dan akhirat ku."
Itulah tulis pelakon Nur Fazura menerusi perkongsian video, sempena ulang tahun kelahirannya ke-42 yang jatuh pada hari ini, 27 September.
Perkongsian itu menjadi perhatian apabila Fazura berkata, hadiah terbesar buat dirinya adalah dapat menjalani hidup dengan ketenangan serta bahagia bersama anaknya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir serta menitipkan doa buat Fazura yang mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment