28 September 2025

"JANGAN JADI MANUSIA YANG KURANG DIAJAR" - PUTERI SARAH TEGUR NETIZEN BIAD4P KOMEN ISU STATUS JANDA



"Jadi manusia harus ada adab. Jangan jadi manusia yang kurang diajar," demikian tegur pelakon Puteri Sarah Liyana secara sin1s terhadap seorang individu yang sengaja meninggalkan komen kurang s0pan terhadap dirinya.

Puteri Sarah, 40, yang menulis perkara tersebut di laman Thr£ads miliknya itu sempat meninggallan pesan supaya individu yang menggunakan akaun atas nama @nabila_alsya, menjaga tingkah laku serta mengingatkan tentang adab.

Hantaran tersebut dibuat selepas individu berkenaan mempers0alkan hubungan baik Puteri Sarah dengan rakan perniagaan asal Indonesia iaitu Andi Arsyil.

Klik untuk gambar besar

Pelakon itu dalam masa sama turut berkongsi nasihat tentang semangat persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia : "Orang Malaysia, orang Indonesia semua serumpun," ujarnya.

Dalam satu komen yang dibuat individu itu, dia berpendapat Andi tidak seharusnya memilih Puteri Sarah kerana statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.

"Bujang dapat janda anak dua. Seharusnya lebih baik bernikah sama bujang. Wanita bujang muslimah itu orangnya suci tak pernah disentuh sebelum dihalalkan," komen individu tersebut.
Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu hubungannya dengan Andy mula memasuki fasa suai kenal selepas sama-sama terlibat dalam pernigaan.

Untuk makluman, Puteri Sarah sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, namun sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 7 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: