Penerbit terkenal dan pelakon, Datuk A Aida, 55, dilaporkan kini sudah dipindahkan ke wad biasa semalam, selepas sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Berita gembira ini dikongsi anak kedua A Aida yang juga pelakon, Azeva Natassha, 24, menerusi media sosial, dimana juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang mendoakan kesembuhan buat ibunya dan selalu mengambil berat dengan bertanya khabar.
"Assalamualaikum. Alhamdulillah mama 'finally' (akhirnya) dah dibenarkan masuk ke wad biasa. Terima kasih atas segala sokongan dan doa daripada semua," tulisnya pada hantaran itu yang turut menyertakan emoji hati berwarna merah.
Dalam hantaran lain, Azeva memaklumkan, mereka juga masih menunggu keputusan pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
"Kepada semua rakan mama, memang mama sudah dikeluarkan dari ICU, namun sekarang kami masih menunggu keputusan ujian MRI dan CT Scan yang dilakukan.
Klik untuk gambar besar
"Terima kasih kerana memahami dan terus mendoakan mama," katanya yang sebelum ini berkongsi berita, dimana A Aida sudah sedar dan boleh bercakap tetapi tidak boleh menerima pelawat atas nasihat daripada doktor yang memantau.
Terdahulu, pemilik Aida Production itu dilaporkan mendapat rawatan lanjut di ICU akib@t r£bah selepas melakukan fisi0terapi di sebuah hospital pada Khamis lalu.
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, sebelum itu turut dikatakan baharu menjalani pemb£dahan lutut pada Selasa lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment