Kumpulan adik-beradik iaitu KRU bakal tampil lagi sekali dalam Konsert GenKRU The Finale : One More Time pada 22 November ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, selepas menc£tus fenomena menerusi Konsert GenKRU 2025 selama empat malam pada Mei lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pengasas Icon Entertainment yang juga penganjur, Iman Tang memaklumkan, Kuala Lumpur adalah lokasi terbaik untuk pihaknya menganjurkan konsert berskala lebih besar dengan pr0duksi yang lebih baik.
Berhubung itu, Iman Tang menjanjikan konsep dan formasi persembahan berbeza dengan jangkaan kehadiran kira-kira 12,000 peminat, selain kelainan daripada segi konsep serta formasi persembahan serta menawarkan harga tiket lebih rendah.
"Sebenarnya ramai yang mencadangkan supaya ia diadakan di luar Kuala Lumpur, namun terdapat banyak kekangan. Selepas berbincang, kami memutuskan untuk menganjurkannya semula di Kuala Lumpur dengan skala pr0duksi yang lebih besar dan lebih baik.
Klik untuk gambar besar
"Saya juga suka Stadium Hoki Nasional kerana ia lokasi terbuka dan memberi lebih banyak idea kreatif untuk diterjemahkan. Insya-Allah kalau ada rezeki, kami cuba lokasi lebih besar selepas ini," jelasnya.
Dalam pada itu, menurutnya lagi, Konsert GenKRU The Finale: One More Time bakal menyajikan pengalaman berbeza kepada 12,000 peminat yang disasarkan memenuhi kapasiti stadium itu.
"Kami tidak mahu mengulangi perkara sama kerana penonton kini semakin bijak menilai. Secara jujurnya, saya agak bosan dengan situasi sebegitu.
"Sudah tentu, dengan KRU yang sentiasa lapar dengan idea baharu, kami saling melengkapi.
"Boleh saja kami ulang formula sama, tetapi ia akan membosankan. Saya mempunyai banyak idea untuk diterjemahkan," katanya.
Sementara itu, anggota KRU iaitu Datuk Norman Abdul Halim pula berkata, mereka ingin membawa pengalaman ketika Konsert GenKRU yang berlangsung pada Mei lalu di lokasi luar (outdoor) dan persembahan kali ini akan memberi pengalaman berbeza kepada peminat.
"GenKRU kali ini boleh diibaratkan sebagai 're-imagine' dari lokasi tertutup ke lokasi terbuka, dengan skala yang lebih besar berbanding GenKRU di Axiata Arena sebelum ini.
"Kami benar-benar berhasrat untuk 'raise the bar'. Ia satu penghormatan besar bagi kami dapat mengadakan konsert di lokasi ini," katanya.
Tiket akan mula dijual pada 3 Oktober ini pada jam 2 petang dengan harga bermula RM188 hingga RM558.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment