"Mereka (Fattah Amin dan Amira Othman) tiada majlis pertunangan dan nak kata mereka bercinta pun tidak sangat. Mungkin Fattah lebih matang dan Amira pun begitu.
"Jadi mereka berdua melihat tujuan yang kehadapan. Banyak kali saya tanya kepada Fattah tentang cinta dan jawapannya, 'aku rasa aku lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin'.
"Dia dah banyak lalui fasa-fasa terendah dan dia selalu cakap, 'siapa pun yang hadir dalam hidup kita ini bukanlah satu b@la atau sebagainya tetapi ia adalah pengajaran untuk kita belajar menjadi yang lebih baik'."
Demikian kata pengurus kepada pelakon Fattah Amin iaitu Sakirin Aca yang menjelaskan, Fattah dan penyanyi Amira Othman tidak melalui fasa pertunangan, selain pelakon itu memilih untuk bercinta selepas berkahwin.
Perjelasan Aca itu sekaligus menjawab pertanyaan peminat mengenai hubungan Fattah dan Amira, sama ada berlangsung majlis pertunangan atau tidak.
Dalam pada itu, Aca menerusi temu bual bersama Melodi, memberitahu, Amira memilih melangsungkan hari bahagianya pada tarikh 14 September 2025 sebagai hadiah buat Fattah sempena hari lahir pelakon itu.
"14 September adalah hari lahir Fattah. Sebenarnya, Amira yang memilih tarikh itu sebagai hadiah untuk Fattah," tuturnya.
Pada Isnin lalu, Fattah telah membuat pengumuman mengejutkan ramai pihak apabila dia dan Amira bakal melangsungkan pernikahan mereka yang akan berlangsung pada Ahad ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment