13 September 2025

"DI MALAYSIA PUN SAYA BOLEH BUAT, APATAH LAGI DILUAR NEGARA... KEMUNGKINAN BESAR AKAN JADI 'S*TAN'..." - HANEESYA DEDAH TOLAK TAWARAN DI NEW YORK, BIMBANG IMAN TAK CUKUP KUAT



"Saya tanya diri sendiri pada waktu itu, iman kuat tak nak hadap dunia dekat sana? Tidak! Saya nak kaitkan sikit dengan video isu fasal minum dulu, ramai cakap jadikan perkara itu sebagai iktibar.

"Ya, disebabkan perkara itu saya sedar diri dan tidak pergi bekerja di luar negara. Di Malaysia pun saya boleh buat, apatah lagi di luar negara. Apatah lagi bila tak ada mak untuk halang, memamg kemungkinan besar saya akan jadi 's*tan' di sana. Saya akui."

Itulah ujar pelakon dan model, Sharifah Haneesya, 25, dimana dia pernah menerima tawaran melebarkan kerjaya di New York, lima tahun lalu, namun menolaknya kerana ada alasan tersendiri.

Berhubung itu, Haneesya atau nama penuhnya, Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan, menjelaskan, dia bimbang sekiranya tidak dapat mengawal tingkah laku apabila berada jauh dengan keluarga.

Tutur pelakon drama 'Dia Imamku' ini lagi, pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini juga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam mengatur langkah.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Haneesya turut memberitahu, antara faktor lain yang membuatkan dia memilih untuk kekal di Malaysia adalah kerana hubungan rapat dengan keluarga terutama ibu dan adik-beradik.

Malah ulasnya lagi, dia tidak mampu mengawal reaksi netizen sekiranya perlu berpakaian seksi di luar negara.

"Saya tak manja, saya boleh hidup berdikari tetapi saya tidak boleh kawal perasaan 'homes1ck' terlalu lama. Bila fikirkan saya juga bukan orang berduit, nak selalu balik jumpa mak dan adik-adik adalah mustahil.

"Saya juga sangat mementingkan kata-kata orang. Contoh kalau saya berlakon di luar negara kena pakai s£ksi. Di sini kalau saya s£ksi pun korang (netizen) dah bising.
"Di luar negara saya tiada kebebasan bersuara untuk pakai apa yang saya nak," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Disamping itu, Haneesya mengakui, dia kini sudah lebih matang dan berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan.

Tambahnya lagi, dia juga tidak menolak sekiranya menerima tawaran untuk melebarkan sayap ke luar negara.

"Kalau sekarang dapat pergi ke LA atau ke mana saja di luar negara, saya akan pergi. Saya tahu diri saya sekarang. Tidaklah nak cakap iman dah kuat, tetapi lebih berakal," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: