Tiga ikon anak seni tanah air iaitu Datuk David Arumugam, Margaret Gan dan Man Kidal telah diangkat oleh Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 anjuran Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) sebagai penerima Anugerah Ikon Seni.
Berhubung itu, David, 75, selaku penerima anugerah Ikon Penyanyi ini berkata, anugerah tersebut adalah satu penghargaan buatnya dan semua yang bekerja keras di belakang tabir.
"Terima kasih diucapkan kepada YKAT. Anugerah ini bukan sahaja untuk saya, tetapi juga kepada pencipta lagu dan penulis lirik di belakang karya-karya saya," ujarnya.
Manakala bagi Margaret, 82, pula, dia yang menerima anugerah Ikon Pelakon, menggambarkan penganugerahan itu sesuatu yang tidak dijangka.
"Saya hadir kerana dimaklumkan tercalon. Tak sangka pula diberikan anugerah pada malam ini. Alhamdulillah atas rezeki ini," tuturnya.
Sementara itu, Pengerusi YKAT iaitu Datuk DJ Dave berkata, anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan buat mereka.
"Mereka adalah artis veteran yang cemerlang dalam cabang seni masing-masing dan saya rasa, mereka seharusnya diberikan anugerah," katanya.
Ketiga-tiga anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut hadir di acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini.
Selain anugerah, Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 turut menampilkan barisan artis hebat tanah air yang membuat persembahan iaitu Datuk M Nasir, Datuk Nash, Datuk Ramli Sarip, Datuk Khadijah Ibrahim, Suki Low, Bella Astillah termasuklah DJ Dave dan David bersama Alleycats.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment