03 October 2025

BERSEDIA JALANI RAWATAN IVF KALI KEDUA - ISTERI ACHEY KINI MAKIN LANGSING : "RASA MACAM ORANG LAIN PUN ADA"



"Sekarang saya rasa lebih yakin dan selesa bila berat badan dah turun sehingga 60 kilogram ni, rasa macam orang lain pun ada. Saya akan teruskan buat rawatan IVF lagi selepas ini mungkin tahun depan."
Itulah jelas isteri kepada pelawak terkenal Achey Bocey iaitu Anne yang memberitahu, dia kini sudah bersedia untuk menjalani rawatan pers£nyawaan in-vitr0 (IVF) kali kedua selepas berjaya menurunkan berat badan sehingga 60 kilogram.

Kata Anne atau nama sebenarnya, Nor Hasanah Yahaya, dia sebelum ini mengalami mas@lah berat badan berlebihan sehingga membuatkan percubaan IVF pertamanya itu tidak berjaya.

Dalam pada itu, Anne yang mempunyai seorang anak angkat bernama, Nur Tiara Zinnirah, turut berkongsi mengenai penampilan terbaharunya, dimana dia kini dilihat semakin langsing dan cantik.

Malah tuturnya lagi, ada yang tidak menyangka itu dirinya sehingga suaminya dituduh keluar bersama wanita lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: