27 November 2025

HUBUNGAN TERJALIN LEBIH 10 TAHUN - DR AFIFAH AKUI AMBIL MASA LUPAKAN KENANGAN BERSAMA NUBHAN : "'MOVE ON' CEPAT SANGAT PUN SAL4H... TAK 'MOVE ON' PUN SAL4H"



"Bila cakap pasal 'move on', cepat sangat pun sal@h... tak 'move on' pun sal@h. Macam saya cakap sebelum ini, beri saya masa."

Itulah ujar kepada isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah, dimana dia men£gaskan, setiap perkongsian di media sosial sekadar luahan perasaan dan bukan ditujukan kepada sesiapa seperti yang didakwa segelintir netizen.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, bukan mudah untuk melalui fasa suk@r dalam rumah tangga, apatah lagi setiap aktivitinya di media sosial pasti menjadi perhatian.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya, memandangkan hubungan dia dan Nubhan sudah terjalin lebih daripada 10 tahun, jadi perjalanan untuk melupakan kenangan bersama penyanyi itu bukan sesuatu yang mudah.

"Saya bukan kenal dia waktu 10 tahun kahwin saja. Sebelum kahwin pun kami dah berkawan. Kalau campur semua sekali, memang berbelas tahun," katanya ketika ditemui media selepas pr0siding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh bagi ketiga-tiga anak kepada Dr. Afifah, manakala Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan pada 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: