27 November 2025

"SELALU SANGAT SAYA DITUDUH BUAT KARYA ADA UNSUR LUC4H KAN..." - ERMA FATIMA IMPI MAHU HASILKAN KARYA-KARYA ISLAMIK YANG PATUH SYARIAH SATU HARI NANTI



"Kalau saya m@ti, ditanya oleh Tuhan atau malaikat, 'apa yang telah kau lakukan dalam industri kau?', saya mahu jawab 'ada'.
"Saya cuba nak sampaikan mesej dalam karya supaya orang yang menonton mendapat manfaat. Seorang manusia kalau dia tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain, lebih baik jangan jadi manusia."

Demikian kata pelakon dan pengarah, Erma Fatima, dimana dia mempraktikkan rasa tanggungjawab untuk mendidik masyarakat dalam sesebuah karya yang dihasilkan.

Ujar Erma, dia mahu karya yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada penonton, biarpun karyanya itu sering menerima kec@man hebat.

Meskipun begitu, Erma berkata, dia mahu menghasilkan naskah yang boleh menyebarkan mesej p0sitif dan seandai karya mendapat rating tinggi ianya adalah rezeki daripada Allah.

Tambahnya lagi, dia turut mempunyai impian untuk menghasilkan naskah atau karya patuh syariah dimana pelakonnya menutup aurat dan tiada babak bersentuhan.

"Sal@h satu daripada impian saya adalah nak menghasilkan karya-karya islamik yang patuh syariah satu hari nanti.

"Kalau ada duit dan penaja, memang saya nak cipta satu era membuat drama yang betul-betul patuh syariah.

"Selalu sangat saya dituduh buat karya ada unsur luc@h kan, jadi saya nak ke arah lebih p0sitif pula," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: