Pelakon Syafiq Kyle, 33, akhirnya tampil dengan 'kereta sebenar' iaitu sebuah Mercedes-Benz G-Class atau lebih dikenali sebagai G-Wagon selepas sebulan tular kisah kononnya dia membeli Lamborghini SVJ.
"Selesai penghantaran kereta untuk Syafiq dan Mimi Lana," itulah tulis seorang jurujual, Fuad Samsudin, yang berkongsi perkara itu dengan memuat naik video di media sosial memaparkan dirinya menghantar kenderaan mewah tersebut kepada pelakon filem 'Bl00d Brothers: Bara Naga' itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, kelihatan jelas teruja sambil meluahkan rasa syukur apabila impian memiliki jentera idaman akhirnya tercapai.
G-Wagon hitam milik Syafiq dan isterinya yang juga pelakon, Mimi Lana turut dihias dengan riben merah besar, menambah lagi aura eksklusif pada SUV premium berpenampilan ikonik tersebut.
Model G-Class memang terkenal dengan kemampuan off-road dan rekaan kotakannya yang evergreen.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Fuad mengambil kesempatan menjelaskan sal@h faham ramai mengenai dakwaan Syafiq membeli Lamborghini SVJ seperti yang pernah k£coh sebelum ini.
"Hari itu ada pihak yang kebetulan berada di showroom masa Syafiq datang tengok kereta. Mereka minta bergambar, kemudian buat p0sting yang meng£lirukan.
"Memang dari awal dia plan nak cari G-Class. Ini baru kereta sebenar dia keluar," jelasnya.
Sebelum ini, sebuah video memaparkan Syafiq bersama sebuah Lamborghini SVJ biru tular sehingga menc£tuskan sp£kulasi kononnya pelakon itu membeli supercar bernilai antara RM2.3 juta hingga RM3.2 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment