27 November 2025

NUBHAN SETUJU BERI HAK PENJAGAAN PENUH ANAK KEPADA ISTERI, DR AFIFAH - IBU MENTUA LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulillah syukur. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan berterusan diberikan termasuk kepada semua ahli keluarga, sahabat handai serta netizen yang mendoakan.

"Saya dan suami sangat terharu dan tak lupa juga kepada Nubhan atas keputusan hari ini (semalam). Semoga Allah merahmati, memberkati dan meredhai kita semua."

Demikian tulis ibu kepada Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, iaitu Dr Zailah Zainudin, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia mengucapkan terima kasih kepada menantunya, penyanyi Nubhan Ahamad, 36, di atas persetujuan memberikan hak penjagaan penuh tiga cucu kepada anak perempuannya.

Dalam hantaran tersebut, ibu Dr Afifah atau Dr Fie itu turut memuat naik beberapa keping gambar di media sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen menyifatkan beliau sebagai ibu yang wajar dicontohi yang sentiasa menghormati orang lain walaupun anaknya sendiri dis@kiti.

"Beza orang berpendidikan menulis.. tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantunya."

"Baiknya Dr masih masih nak mention nama Nubhan even bukan lagi menantu."

Klik untuk gambar besar

"Penulisan yang baik, tenang dan matang.. moga baik-baik untuk kamu.. dunia ni banyak dug@an."

"Punyai ilmu dan cukup adab.. ucapan terima kasih cukup bermakna walaupun hati tergur1s kerana sampai bila-bila pun kekal mentua dan menantu," itulah antara komen-komen yang ditulis netizen.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membuat keputusan dengan menyerahkan hak hadanah atau penjagaan tetap terhadap tiga anak pasangan itu kepada isteri Nubhan.

Dr Fie juga sangat berterima kasih kepada Nubhan kerana memberi kerjasama kepadanya untuk dapatkan hak jagaan penuh anak-anak mereka.

Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntunan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan prosiding sebutan kes diadakan pada 2 Disember depan

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie bernikah pada 29 Ogos 2015 di mana mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: