"Tak tahulah bagaimana boleh kena dar@h tinggi ini. Dah tua-tua ni kot, faktor usia. Tiga hari dah saya dirawat di Hospital Ampang dan bila boleh keluar balik ke rumah, tak tahu lagi.
"Memang saya disahkan doktor ada s@kit dar@h tinggi sahaja. Peny@kit lain tak ada. Simptom mula-mula itu saya pening-pening, makan tak lalu (tiada selera)."
Itulah kata pelakon, pelawak juga bekas penyampai radio, Salih Yaacob, 64, dimana dia sudah tiga hari menerima rawatan di Hospital Ampang disebabkan peny@kit dar@h tinggi yang dihidapinya secara tiba-tiba.
Kongsi Salih, tahap kesihatannya selama ini baik dan mendakwa dia juga tidak pernah mengalami sebarang peny@kit hingga memerlukan dirawat di hospital sebagaimana sekarang.
Dalam pada itu, Salih berkata, selama ini dia tidak pernah ada sejarah dimasukkan ke hospital kerana s@kit dan berhubung itu, peny@kit dar@h tinggi yang dihidapinya kini disifatkan baru.
"Selama usia saya yang sudah mencecah 60 tahun ini, saya tak pernah s@kit, apatah lagi ada sejarah dimasukkan ke hospital untuk dirawat. Betul, saya memang tak pernah (s@kit).
"Cuma, ketika C0V1D dahulu saya pernah dit1pu oleh orang dan itu yang saya tak boleh nak buat apa. Sejak dari itulah, saya dah mula rasa tahap kesihatan mula terg@nggu, pening-pening kepala yang t£ruk.
"Tapi, saya tetap menggagahkan diri untuk sihat dan berusaha mencari rezeki dengan live di TikT0k. Bagaimanapun, sekarang saya dah berhenti daripada buat live TikT0k, tak buat lagi kerana rasa dah tak ada apa-apa.
"Apapun, sekarang ini Alhamdulillah kesihatan saya dah stabil semula dan tunggu sahaja keputusan doktor sama ada saya boleh keluar hospital atau tidak. Cuma, di sini (hospital) memang banyak ubat saya perlu makan.
"Ada ubat dar@h tinggi, ubat cair dar@h," ujarnya yang menetap bersama keluarga di Desa Pandan, termasuk sudah tidak bekerja lagi kerana tidak larat dan hanya berehat sahaja di rumah.
Untuk makluman, Salih mempunyai 12 anak hasil perkahwinan dengan empat isteri sebelum ini, turut memiliki 18 orang cucu. Bagaimanapun, dia masih ada dua anak tanggungan yang bersekolah iaitu berusia 16 tahun dan lima tahun.
Tuturnya lagi, disebabkan masih ada dua anak yang perlu ditanggung persekolahan membuatkan dia sebagai bapa perlu memikirkan masa depan mereka walaupun berhadapan kesus@han.
Sebelum ini, berita Salih menerima rawatan di hospital kerana s@kit dikongsikan anak perempuannya, Effa Soleha Salih menerusi hantaran video sempena sambutan hari jadi bapanya di TikT0k, kelmarin.
Salih kini masih memiliki tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 60, Norfara Wahida Sulaiman, 46, dan Samihah Sheikh Amy, 39. Bagaimanapun, Salih dengan isteri keduanya iaitu Norraha Hamat, 56, sudah bercerai pada 2016.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment