Takziah diucapkan kepada pelakon Puteri Aishah atas pemergian ibu tercintanya, Norita Sulaiman yang dikhabarkan telah meninggal dunia, baru-baru ini.
Berita sedih itu telah dikongsikan Aishah menerusi media sosial miliknya, dimana dia turut memuat naik gambar kenangan bersama ibunya.
"Selamat jalan mama kesayanganku Σ. Terima kasih atas segala pengorbanan yang tak terhingga. You're the best mom in the whole world.
"Cinta angah pada mama melebihi segala yang angah cinta di dunia ni and I know you love me to the moon and back, too.
Klik untuk gambar besar
"Mama dah law@n canc£r hampir 10 tahun. Terima kasih dah berjuang habis-habisan untuk stay dengan kami di dunia ni selama mungkin, and now.. mama rest ok?
"I'll treasure our memories, forever. Mama selamanya di hati angah. No one can replace my mama and angah harap, mama selalu datang dalam mimpi angah and peluk me please.. I love you, ma. Al-Fatihah," tulis Aishah.
Khabar duk@ itu turut dimaklumkan oleh rakan baik Aishah yang juga pelakon, Shaza Bae menerusi sebuah hantaran di media sosial.
"Salam takziah buat Puteri Aishah. Al-Fatihah buat bonda tercinta. Semoga Allah memeluk kesedihanmu dan memudahkan segala urusanmu Puteri sayang," tutur Shaza.
Difahamkan, ibu kepada pelakon itu telah meninggal dunia pada 25 Januari 2026 akib@t peny@kit kans£r yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, Shaza tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai punca pemergian ibu Aishah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment