29 January 2026

DISURUH BUKA HIJAB - ELLY MAZLIEN TAK GELAP MATA WANG BERJUTA



Rezeki ada di mana-mana.

"Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lum@yan, sampai setengah juta ringgit, tetapi sy@ratnya saya perlu membuka tudung.

"Bila saya buat keputusan untuk berhijab, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya," demikian pengakuan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein apabila mend@kwa ada pihak menyuruhnya men@nggalkan tudung.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 46, bagaimanapun tidak gelap mata dengan tawaran lumayan tersebut. Malah tawaran sebagai duta itu ditolaknya secara baik dan berhemah.

Klik untuk gambar besar

"Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tak dapat bekerjasama kalau perlu buk@ tudung.

"Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya di tempat lain," tambahnya dipetik sebagai berkata pada wartawan dalam satu sidang media.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: