30 January 2026

BAKAL BERSALIN ANAK KETIGA SECARA B£DAH - UYAINA ARSHAD MOHON DOA DIPERMUDAHKAN : "ADAKAH AKAN TERUS HIDUP ATAU NYAWA BERGANTI"



Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menerusi media sosial miliknya telah berkongsi detik-detik dia bakal bersalin anak ketiganya secara pemb£dahan Caesar (C-section) tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, memohon doa agar urusan kelahiran itu dipermudahkan.

Ujarnya, meskipun sudah dua kali bersalin secara pemb£dahan, namun dia mengaku, masih diselubungi rasa takut apabila bakal menjalani pemb£dahan kali ketiga di tempat sama.

Klik untuk gambar besar
"Going for my 3rd C-Section to give birth to my 3rd child. Perasaan? Takut. Takut yang tak boleh nak describe. Serah diri untuk berserah pasrah.

"Adakah akan terus hidup, atau nyawa berganti. Tiga kali dib£dah ditempat yang sama. Tiga kali tujuh lapisan kulit dip0tong dan tiga kali juga aku belajar tentang erti tawakal yang sebenar.
"Belajar untuk bersimpuh pada ketentuan-Nya, dan belajar untuk melabuhkan doa tanpa henti. Takut. Is an understatement.

"Aku cuma berharap, Allah beri kekuatan dan menghapuskan rasa takut ini. Semoga kegusaran ini digantikan dengan berita yang menggembirakan.
"Mohon doa yang baik-baik dari kalian semua," tulis isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah.

Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Syahiran pada 20 Disember 2021 dan kini bakal dikurniakan tiga orang anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: