"Bismillahirrahmanirrahim... daripada doa yang tidak terhitung hingga tangisan kecil yang lemah. Alhamdulillah, rahmat terbesar kami akhirnya berada dalam pelukan kami."
Demikian kongsi isteri kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna menerusi media sosial, dimana dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 13 Januari lalu.
Dalam perkongsian itu, Bella meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan serta menyifatkan kehadiran cahaya mata itu merupakan satu rahmat terbesar dalam hubungan rumah tangga mereka.
Klik untuk gambar besar
"Satu kasih yang tidak pernah kami ketahui wujud sehingga Allah menempatkanmu dalam pelukan kami. Setiap doa membawa kepada kamu. Setiap penantian amat berbaloi. Kami sangat menyayangi kamu, 'beruang kecil' kami," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment