"Pewaris takhta yang baharu, raja nombor tiga sudah tiba," itulah kongsi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 34, dimana anak ketiganya yang merupakan bayi lelaki telah pun selamat dilahirkan pada 28 Januari lalu (Rabu).
Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di media sosial miliknya, hari ini (Jumaat).
Dalam hantaran tersebut, Uyaina yang masih merahsiakan nama pilihan untuk anak ketiganya, turut memuat naik sebahagian wajah bayi lelakinya itu.
Klik untuk gambar besar
Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Shahiran itu bagaimanapun bersyukur apabila Allah mengurniakan seorang lagi anak lelaki dan menganggap kehadiran tiga puteranya sebagai pelindung buat dirinya.
"Saya baru saja melahirkan bayi lelaki yang sihat. Waktu saya mengidam emas, ramai kata mesti perempuan, tapi rupanya lelaki. Alhamdulillah, syukur.
"Allah itu adil. Saya membesar tanpa ayah selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun. Sekarang bila sudah menjadi seorang ibu, Allah hadirkan tiga anak lelaki untuk saya," katanya.
Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah pun dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun, dan yang bongsu masih merahsiakan namanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment