"Sepanjang tempoh 10 tahun ini mungkin ada gurauan, kata-kata yang tidak sedap didengar, atau terkas@r bahasa. Tapi percayalah saya yakin semua itu hanyalah atas urusan kerja sahaja, tak ada lebih daripada itu."
Demikian kata pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dimana dia memaklumkan, hari ini adalah Jumaat terakhir dia bertugas sebagai penyampai stesen radio Sinar FM, sekaligus mengumumkan pengunduran diri.
Jep menerusi perkongsian di media sosial it meluahkan rasa syukur dengan sokongan diterima, selain berkata, tempoh selama 10 tahun berkhidmat adalah satu penjalanan yang panjang.
Klik untuk gambar besar
"Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad.
"Kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray," tuturnya yang turut memohon maaf kepada semua rakan sekerjanya andai tersal@h bicara atau tergur1s hati sepanjang mereka bekerjasama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment