Penyanyi yang juga adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz dilaporkan telah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya hasil perkahwinan bersama Dr Fahrudin Amir.
Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu Aisyah, Siti Hafiza Sheikh Mohamad menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Jumaat, dimana dia meluahkan rasa teruja dan rindu terhadap cucunya itu.
"Ummi Wan dan Tok Ayah sudah mula merindui kamu. Kasih sayang dan pelukan buat anak tersayang kami, Aisyah Aziz dan suami Fahrudin Amir. Masya-Allah, tabarakallah," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Hafiza turut menitipkan doa agar cucunya yang wajahnya ditutup dengan emoji hati itu sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
"Masya-Allah, Allahumma barik. Hadiah yang sangat-sangat bernilai buat kami sekeluarga. Aamiin, Allahumma aamiin.
"Kami doakan cucunda sentiasa menjadi anak yang soleh, penyejuk mata buat abah dan ummi serta seluruh keluarga, dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat," katanya.
Untuk makluman, Aisyah dan Dr Fahrudin Amir yang merupakan abang kepada suami selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail atau PU Riz itu mendirikan rumah tangga pada April 2025.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment