31 January 2026

ALAMI KESUKARAN BERTUTUR - SHAMSUL GHAU GHAU PERLU BEREHAT 90 HARI DARIPADA BEKERJA, AKTIVITI SENI



"Dia seperti mengalami 'speech delay'. Dia masih boleh mengenali wajah dan tahu siapa orang itu, tetapi apabila melibatkan sebutan nama, dia sukar untuk menyebutnya.

"Selepas prosedur dijalani, ingatannya agak terg@nggu. Contohnya, nampak muka orang dia kenal, tetapi, hendak sebut nama orang itu tidak terkeluar dari mulutnya. Dari luaran memang dia nampak okay. Cuma itulah untuk dia pulih akan ambil masa. Rasanya lama jugalah.

"Jadi suami tak dapat bekerja untuk sementara waktu. Sekarang ini dia jadi macam budak sekolah, dia kena ada visual. Doktor nasihatkan supaya kami banyak tunjukkan gambar untuk bantu kuatkan kembali ingatannya."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata isteri kepada pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau, 58, iaitu Syarifah Azrinah Syed Ibrahim, 52, dimana dia menjelaskan, suaminya itu mengalami kesukaran bertutur dengan baik meskipun memiliki daya ingatan yang kuat.

Keadaan Shamsul yang kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pemb£dahan membuang dar@h beku di bahagian otak kiri di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang, pada Sabtu lalu, masih memerlukan pemantauan rapi.
Sharifah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada program Ziarah Madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berlangsung di kediaman Shamsul di Bandari Baru Bangi, Selangor, pada petang Jumaat.

"Saya ada bertanya kepada doktor sama ada keadaan ini dikategorikan sebagai 'mild stroke', tetapi doktor menjelaskan ia bukan 'mild'. Keadaannya agak berbah@ya kerana melibatkan salur dar@h utama.
"Jika tidak dirawat segera, keadaannya boleh menjadi lebih s£rius. Sebenarnya, dalam situasi seperti ini, pemb£dahan perlu dilakukan dalam tempoh empat jam.

"Dalam k£s abang (panggilan Shamsul), walaupun 'time frame' dia masih dalam tempoh 24 jam, doktor beritahu kami memang datang tepat pada masanya. Kalau lambat sedikit, kami sendiri tidak tahu apa yang boleh berlaku.
"Untuk proses pemulihan ini, dia memang perlukan masa dan saya rasa agak lama. Doktor kata dalam 90 hari pertama memang kena beri perhatian sepenuhnya pada dia. Jadi buat sementara waktu, dia tidak dapat bekerja dahulu," ujarnya lagi.

Sementara itu, Shamsul yang dibenar pulang kelmarin selepas menjalani pros£dur membuang dar@h beku pada otak kiri, berterima kasih di atas keprihatinan FINAS dan SENIMAN.

"Saya tidak tahu hendak cakap apa... Syukur Alhamdulillah. Semoga apa yang dilakukan, dapat dibalas Allah SWT dengan sebaik-baiknya," tutur Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: