31 January 2026

BILA NEDIM NAZRI RESPON TANGGAPAN 'TIADA DUIT' : "NASIB BAIK 'GIRLFRIEND' MASIH NAK DEKAT DENGAN SAYA" - INI BALAS NADIA BRIAN PULA



"Alamak! Ada orang kata saya sudah tiada duit. Kesian saya, tapi nasib baik 'girlfriend' masih nak dekat dengan saya."

Demikian kata usahawan, Nedim Nazri Menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia tampil memberi respons terhadap tanggapan segelintir pihak yang menganggap kekasih kepada pelakon Nadia Brian itu tidak memiliki kewangan kukuh.

Ujar Nedim dalam hantaran itu lagi, dia bagaimanapun beruntung kerana mendapat pasangan seperti Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi.

Selain itu, Nedim turut dilihat membalas komen-komen pengikut yang lain di media sosial yang berjenaka mahu membantunya.

Klik untuk gambar besar

Malah, Nedim juga secara berseloroh memberitahu, Nadia terpaksa menanggung perbelanjaan mereka berdua : "Maaf sayang, awak kena bayar makan," tulisnya.

Sementara itu, Nadia pula turut berkongsi semula hantaran tersebut dengan kata-kata semangat buat kekasihnya.

"Tidak mengapa. Sharing is caring. Rezeki semua daripada Allah," balasnya.

Terdahulu, Nedim berkongsi foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen, "A little piece of my heart lives here" (secebis hati saya tinggal di sini), sekali gus mendapat perhatian pengikut di media sosial.

Selain bersama Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl, kemudian berempat bersama anak yang lain pula.
Untuk makluman, Nedim pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan bercerai secara baik sekitar hujung April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka juga dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.

Manakala, Nadia pula, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan dan bercerai pada April 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: