"Kerja bawa e-hailing ini fleksibel dan mudah dapat duit. Cuma bergantung kepada usaha kita sendiri. Kalau rajin adalah hasilnya. Saya juga anggap kerja ini sebagai terapi kerana bekerja dalam dunia produksi ada cab@ran dan tek@nan tersendiri."
Demikian ujar pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, 46, dimana dia tidak berasa malu selepas sedekad bekerja memandu e-hailing sebagai sumber pendapatan sampingannya.
Demi bertahan dalam keadaan ekonomi mencab@r, Danny berkata, dia melihat e-hailing sebagai peluang kepada orang ramai khususnya profesional dan penggiat seni, selain menjelaskan, kerja e-hailing membolehkannya mengimbangi kehidupan keluarga dan kerjaya kerana tidak terikat jadual kerja majikan.
Klik untuk gambar besar
Katanya lagi, e-hailing juga membantu menampung keperluan keluarga ketika pendapatan industri hiburan tidak konsisten dan bayaran kerja sering tertangguh.
"Selepas kelahiran anak pada 2019, saya mula menjadikan e-hailing lebih s£rius sambil meletakkan sas@ran harian untuk memenuhi keperluan keluarga.
"Malah, ketika perint@h kaw@lan perg£rakan (PKP) akib@t pand£mik C0V1D, e-hailing khususnya penghantaran makanan menjadi sumber utama pendapatan keluarga kami apabila aktiviti seni terhenti
"Di saat orang lain struggl£ semasa C0V1D, saya bersyukur masih boleh bawa balik RM300 hingga RM400 sehari sehingga keluarga kami dapat bertahan," jelas bapa kepada seorang cahaya mata ini.
Disamping itu, ulas Danny yang mula terbabit dalam perkhidmatan e-hailing sejak 2016, kerja e-hailing turut membuka peluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga asing, selain membawa rezeki tidak disangka.
"Hari-hari kita jumpa orang berbeza termasuk pelancong luar jadi kita belajar banyak perkara. Kadang-kadang datang peluang lain apabila orang tengok kita, mereka panggil buat p0dcast, buat review.
"Paling tidak sangka, ada pelanggan baik hati menghadiahkan umrah untuk kami sekeluarga selepas melihat kesungguhan saya mencari rezeki," tuturnya yang juga tidak menyangka usahanya itu turut memberi inspirasi kepada rakan artis, pemandu e-hailing baharu dan orang sekeliling untuk tidak menyerah dalam mencari rezeki demi keluarga.
"Saya tak sangka orang jadikan saya contoh. Ada pemandu e-hailing datang cakap, 'Abang Danny buat, saya pun rasa semangat'. Itu yang saya terharu," kata Danny yang kini sibuk menjalani rakaman single terbaharu X-Factor yang dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri.
Walaupun menerima tawaran lakonan atau nyanyian, Danny bagaimanapun tekad tetap meneruskan e-hailing sebagai rutin harian serta men£gaskan, persepsi malu terhadap e-hailing perlu diubah kerana pekerjaan itu lahir daripada usaha sendiri.
"Tawaran job itu memang ada, tetapi saya pilih projek tertentu dan tempoh singkat saja kerana mahu mengutamakan keluarga. Jadi, e-hailing tetap saya akan buat sebab ia beri fleksibiliti kepada saya mengurus keluarga terutama menghantar dan mengambil anak sekolah.
"Jangan malu kerja apa saja asalkan halal untuk keluarga. Dunia sekarang keras, kita kena usaha," tuturnya yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Ebrahim Danie yang dilahirkan pada 28 Februari 2019, selepas penantian selama 7 tahun, hasil perkahwinan bersama isteri, Lyn Khardanie.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment