Yeaahhh... nampaknya penyanyi remaja, Thalita ada geng lah nanti apabila pelawak dan usahawan Shuib, 42, isterinya, Watie Hanifiah, 37, bakal menimang anak perempuan selepas ia didedahkan dalam satu majlis 'gender reveal' yang diadakan hari ini.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, meluahkan rasa syukur serta berkata, dia dan Watie tidak sabar menanti kehadiran bayi pertama mereka yang bakal dilahirkan menerusi pemb£dahan Caesarean (c-section atau cz£r) pada April depan.
"Watie dijangka bersalin awal bulan empat dan dia akan bersalin secara cz£r. Itu memang yang kami mintalah. Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana setakat ini kandungan Watie berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang al@han.
Klik untuk gambar besar
"Saya juga mahu apabila Watie selamat bersalin, saya dapat mandikan anak kami sebab sebelumnya, memang semua saya yang mandikan kecuali anak yang keempat (Ayash)," tuturnya.
Sementara itu, Watie memberithu, dia tidak melakukan sebarang persiapan menyambut kehadiran anaknya itu nanti, selain turut berkongsi, pemilihan nama diserahkan kepada anak kedua mereka iaitu Thalita.
"Setakat ini saya memang tidak ada apa-apa persediaan sebab saya memang rancang mahu selesaikan 'gender reveal' dahulu. Kemudian selepas tujuh bulan, baru kami buat persiapan.
"Ini semuanya kita belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini. Untuk nama, saya dan Talita yang akan pilih kerana bayi ini perempuan," ujarnya.
Selain keluarga dan teman rapat, majlis turut dihadiri rakan artis termasuk Fasha Sandha, Aidil Aziz, Sharifah Shahira, Ijoy Azahari, Sharifah Zarina, Siti Sairah dan ramai lagi.
Untuk makluman, Shuib dan Watie yang sebelum ini pernah mengalami keguguran anak pertama mereka sekitar Mei tahun lalu itu mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Sebelum ini, Shuib mempunyai empat anak hasil perkahwinannya bersama Allahyarham penyanyi Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment