29 January 2026

DIBENARKAN PULANG KE RUMAH - ALI XPDC DALAM KEADAAN BAIK



"Alhamdulillah... semalam ayah dapat keputusan neg@tif v1rus terbabit. Insya-Allah petang ini (tadi) ayah akan (dah) 'discharge' (keluar wad)."
Itulah kata anak kepada penyanyi Ali XPDC, 58, iaitu Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel yang memaklumkan, keadaan kesihatan bapanya itu semakin stabil dan doktor mendapati semuanya dalam keadaan baik.

Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, sebelum ini dimasukkan ke wad kec£masan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami jangk1tan v1rus pada Rabu lalu dan kini telah dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.

Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Ali dimasukkan ke hospital akib@t batuk dan selesema selepas baru kembali mengerjakan ibadah umrah dan doktor turut mengesyaki terdapat jangk1tan v1rus padanya.

Jelas Aqiel menerusi temubual malam tadi, keadaan kesihatan bapanya semakin stabil, tetapi masih dirawat di wad kec£masan.
"Alhamdulillah, keadaan ayah nampak semakin stabil, tapi masih memakai alat bantuan pernafasan," tuturnya.

Difahamkan, Ali mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 12 Januari dan kembali ke tanah air pada 24 Januari lalu.

Menurut Ali, rombongan ke Tanah Suci itu membabitkan seramai 45 orang dan turut ditemani rakan baiknya, Daie Ejay.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: