29 January 2026

DISOAL ADIK-BERADIK KAHWIN LELAKI KAYA - INI JAWAB ANZALNA NASIR



"Macam mana adik beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya. Lawa itu satu hal lah."

Demikian komen seorang netizen menerusi hantaran di Thr£ads, dimana dia mempersoalkan mengenai adik beradik pelakon Anzalna Nasir, 38, yang mempunyai pasangan yang kaya.
Tampil menjawab pertanyaan netizen itu, Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md Nasir, berkata, keserasian dan saling menghormati pasangan adalah perkara penting dan kekayaan tersebut bukan faktor utama dalam sesebuah perkahwinan

Ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini lagi, ia tidak wajar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan status atau harta semata-mata.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Anzalna turut menyifatkan setiap individu mempunyai rezeki mereka masing-masing dan sesebuah perkahwinan itu adalah perjalanan yang perlu dilalui bersama-sama.

"Hi sayang, setiap orang mendapat anugerah masing-masing. Perkahwinan bukan semata-mata tentang kekayaan tetapi keserasian, saling menghormati dan membina kehidupan bersama," tuturnya.

Untuk makluman, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia 4 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: