30 January 2026

"HARUSLAH TUNJUK KEMATANGAN" - RIZMAN RUZAINI ENGGAN ULAS ISU HUT4NG RM1.3 JUTA SUAMI INTAN NAJUWA, MAHU HORMATI MAHKAMAH



"Saya rasa, sesuatu cerita itu perlu didengar daripada kedua-dua belah pihak. Tapi dari pihak kami, saya tidak boleh berikan apa-apa komen lagi sebab ia masih lagi dalam prosiding mahkamah. Jadi, saya perlu hormat prosiding mahkamah itu. Bila sampai masa nanti, saya sendiri akan bercerita Insya-Allah."

Itulah jelas pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil atau dikenali Rizman Ruzaini, dimana mereka belum bersedia memberi sebarang komen serta menghormati prosiding mahkamah berhubung k£s sam@n membabitkan tuntutan bayaran semula pinjaman berjumlah RM1.3 juta yang dimenangi suami kepada pelakon Datin Intan Najuwa iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman.

Kata Rizman, apabila sampai masa tepat nanti, pihaknya akan berkongsi mengenai isu itu serta mengakui ada penjelasan tersendiri daripada pihaknya berhubung k£s terbabit.

Dalam pada itu, sebagai pereka fesyen yang sudah hampir dua dekad dalam industri, Rizman mengambil pendekatan untuk enggan mel£nting dengan dug@an men1mpa jenama dibinanya selama ini.

Klik untuk gambar besar

"Sepanjang 20 tahun Rizman Ruzaini bergelar pereka fesyen ini dan juga daripada pereka fesyen beralih jadi usahawan, saya rasa setiap pendekatan yang kita buat haruslah menunjukkan kematangan kitalah.

"Macam kami sendiri, sudah tentu setiap benda kami hadapi, saya rasa kita perlu ambil penyelesaian terbaik yang kita boleh. Kami memilih untuk menyelesaikan dengan cara yang paling profesional sekalilah.

"Dengan cara itu saya rasa sebaiknya kami ambil tindakan sebegitu dan Insya-Allah bila sampai masa nanti kita akan bercerita," katanya yang turut bersyukur isu terbabit tidak memberi kesan kepada reputasi jenama mereka, malah terharu terus menerima sokongan padu terutama daripada peminatnya.

"Sokongan pembeli sangat kuat, Alhamdulillah. Jadi saya rasa mungkin perkara itu tidak menjadi isu kepada peminat-peminat rekaan Rizman Ruzaini. Sokongan diberikan mereka itu sangat kuat sampai sekarang," ujarnya.
Ulas Rizman lagi, asam garam yang perlu mereka lalui sebagai nama besar selepas berdepan krit1kan dan pandangan segelintir pihak terhadap mereka sejak isu terbabit diperbesar.

"Bagi saya, itu pandangan masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Tapi macam mana kita harungi mas@lah itu. Bagi saya itu hak mereka untuk berkata-kata," kata Rizman.

Terdahulu, Intan mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan suaminya telah memenangi k£s sam@n terhadap jenama fesyen tersohor, Rizman Ruzaini membabitkan tuntutan bayaran semula pinjaman berjumlah RM1.3 juta.

Selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati proses undang-undang, Intan membuat pendedahan itu menerusi media sosial miliknya dengan memuat naik dokumen penghakiman daripada Mahkamah Tinggi di sini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: