28 February 2026

DEDAH WAJAH ANAK KETIGA SELEPAS SEBULAN DILAHIRKAN - 'RAJA UZAYN' PILIHAN NAMA UYAINA ARSHAD



"Hari ini, genap sebulan usia anakanda ketiga kami; Raja Uzayn bin Raja Syahiran.
Nama Uzayn diinspirasikan daripada nama cucu Nabi Muhammad SAW; Husayn ibn Ali, seorang insan yang cukup dihormati dan disanjung tinggi, dan nama yang membawa maksud 'kebaikan' dan 'keindahan.'

Semoga Raja Uzayn menjadi seorang insan yang mempunyai hati yang baik, akhlak yang memuliakan namanya, dan peribadi yang dihormati, disayangi serta disenangi.

Klik untuk gambar besar 
Selamat sebulan, anakandaku Raja Uzayn. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk keluarga kecil kami."

Demikian tulis Uyaina Arshad, 34, menerusi media sosial miliknya, dimana pengacara dan pelakon itu akhirnya mendedahkan wajah anak ketiganya yang diberi nama Raja Uzayn selepas genap sebulan dilahirkan.
Dalam pada itu, Uyaina berkata, dia membuat kajian terperinci bagi mencari nama yang baik dan bersesuaian untuk anak lelakinya itu.

"Suami juga beri kebenaran untuk saya yang memilih nama yang sesuai untuk anak ketiga kami ini. Bagi saya sangat penting untuk kita memilih nama yang baik untuk anak," jelasnya.
Untuk makluman, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, mendirikan rumaha tangga bersama penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran. pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, Raja Urayyan dan Raja Uzayn.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: