"Sewaktu ibu melahirkan saya, sebagai keluarga sempurna mestilah bapa ada sekali bersama ibu di bilik bersalin. Tetapi hal itu tidak berlaku kepada saya. Ibu saya melahirkan saya ketika ayah tiada di situ.
"Ayah saya dipenjara selama enam tahun atas kesal@han dad@h dan senj@ta api. Pertama kali saya lahir di dunia, buka mata sahaja bapa saya tiada. Saya membesar tanpa ayah sehingga usia tujuh tahun."
Itulah dedah pelakon Aedy Ashraf atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, dimana dia terbuka berkongsi kisah silam perjalanan hidupnya yang dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa.
Kata Aedy, bapanya itu tidak berada di sisi ibu ketika dia dilahirkan kerana sedang menjalani hukvman penj@ra selama enam tahun, malah akuinya, dia pernah mempersoalkan tentang bapanya ketika kecil, namun pada usia tersebut dia sendiri tidak memahami makna sebenar seorang bapa.
"Saya ada tanya fasal ayah tetapi waktu usia tujuh tahun saya tidak tahu apa itu ayah. Saya tak tahu apa tanggungjawab seorang ayah sebab dia tidak pernah ada bersama kami.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Aedy turut menceritakan pengalaman yang sukar dilupakan apabila dia pernah dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu ketika mengimbas pertemuan pertamanya dengan bapa kandung.
Kongsi pelakon filem 'Klep£t' ini, pengalaman dibawa ke kediaman bapanya itu memberi kesan mendalam, malah dia pernah melihat pist0l dan dad@h diletakkan di atas meja.
"Pertama kali jumpa ayah, sebenarnya dia 'cvlik' saya dari rumah. Waktu itu saya sedang tidur, saya sedar-sedar sudah berada di bahu ayah. Saya dibawa ke rumahnya, dia tinggal bersama kawan-kawan. Saya tak t@kut, cuma rasa tak selamat.
'Saya rasa seminggu juga saya tinggal dengan ayah. Dia pun manusia juga, saya rasa dia tak sanggup lihat saya berpisah dengan kakak lalu hantar semula pulang ke rumah," ujarnya yang dalam masa sama turut berkongsi, dia tidak banyak menghabiskan masa bersama ayahnya sehinggalah usia dewasa.
Selain itu, Aedy yang berkongsi kisah silamnya itu menerusi sesi temu bual audio siar Kita-Kita Aje! bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi yang dimuat naik di YouTube, berkata, pengalaman melalui kehidupan sukar melihat ibunya, Liza yang juga merupakan seorang pelakon, membesarkan anak-anak sendirian.
"Kalau ikutkan, 10 hari sahaja saya hidup dengan ayah. Waktu usia 16 tahun apabila saya sudah sedia memaafkannya, saya balik ke Kelantan (kampung bapa) selama tiga hari. Sekarang ini dia (bapa) di Kelantan, masih sihat dan dah jadi orang masjid.
"Saya dibesarkan di kawasan perumahan 'd0dgy flat'. Mungkin 'd0dgy' bagi saya tapi bukan orang lain. Waktu saya membesar, saya melihat sekeliling dengan kewujudan remaja his@p gam, mer£mpit serta k£s s@mun dan cvri motor," ceritanya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment