28 February 2026

"SUDAH JANJI DENGAN ALLAH... SAYA BERUSAHA JADIKAN DIRI LEBIH BAIK SEBAB SAYANG PADA DIA (TOM)" - FUAD SERAH SOAL JODOH PADA ALLAH



"Apabila saya akad nikah, bersalam dengan kadi dulu, itu bermakna saya sudah berjanji dengan Allah untuk sayang dan jaga dia (Tom) dengan baik. Saya berusaha menjadikan diri lebih baik sebab sayang pada dia.

"Anak kami, Anggun pun masih kecil. Jadi, saya mohon ruang untuk kami berbincang. Selama saya berkahwin dengan dia (Tom) memang saya gembira dan bahagia. Jadi, saya juga hormati minat dia yang suka surf (meluncur) itu.

"Saya izinkan dia pergi meluncur di Kuantan, Pahang termasuk saya ambil tanggungjawab bersendiri jaga anak kami, Anggun. Tiga tahun berkahwin dengan dia, saya juga tidak pernah putus memberi nafkah kepada anak-anak.

"Dua lagi anak (tiri) masih bersekolah, saya faham dan tak pernah berkira langsung dengan dia. Tapi bila terjadi perkara sebegini (cur@ng) dalam perkahwinan, mesti ada sesuatu (sil@p) di mana-mana.

Klik untuk gambar besar

"Saya sayang dia. Tapi, apa-apa pun urusan jodoh kami saya serahkan pada ketentuan Allah. Saya ambil dia jadi isteri dengan cara baik dan kalau apa-apa pun selepas ini daripada Allah."

Demikian kata penyanyi asal Singapura, Fuad Rahman, 47, dimana dia mengaku masih menyayangi isterinya, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40.

Tidak terfikir untuk berpisah, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, memohon ruang untuk berbincang dengan isterinya berhubung pendedahan dibuat oleh Tom di media sosial berkaitan cur@ng terhadap suami.
Akuinya lagi, dia s£rius terhadap perkahwinan dibina bersama Tom kerana sentiasa ingat pada janji besar yang dipegang dengan Allah serta tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

Disamping itu, Fuad menjelaskan, ketika meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Putri Anggun Lovellia, 2, di Kuantan, baru-baru ini, hubungan dia dan Tom berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Tom membuat pendedahan mengejut di media sosial dengan memaklumkan, dia sudah berlaku cur@ng terhadap suaminya, Fuad untuk bersama lelaki lain.
Untuk makluman, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Putri Anggun Lovellia pada 18 Februari 2024.

Difahamkan, sebelum bernikah, Fuad dan Tom pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2005, namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditah@n polis Singapura dan dij@tuhkan hukvman penj@ra.

Hubungan pasangan ini bagaimanapun mekar semula sehingga mereka bernikah selepas masing-masing bertemu kembali di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: