14 February 2026

KAMAL ADLI KONGSI VIDEO LUANG MASA BERSAMA ANAKNYA, JELAS TERPANCAR WAJAH CERIA



"Best day of my life ☺❤," demikian tulis pelakon Kamal Adli, 40, dalam perkongsian video yang dimuat naik di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, dilihat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira dengan membawanya menikmati hidangan di sebuah restoran makanan Jepun, sebelum mereka bermain di taman permainan.

Kata Kamal, momen itu adalah terindah bagi dirinya selepas menyifatkan tempoh tersebut sebagai suatu yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar

Gelagat mesra dua beranak itu nyata mendapat perhatian ramai, dimana rata-ratanya pengikut meluahkan rasa terharu dan gembira melihat senyuman dan gelak tawa Kamal sepanjang video berkenaan.

Malah, kehadiran bapa tiri bekas isteri Kamal, pelakon Uqasha Senrose yang dikenali sebagai Fariz Rose turut menjadi perhatian netizen.
Untuk makluman, Kamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: