14 February 2026

JELAS BAPA MASIH HIDUP, SIAP JADI WALI - KAYDA MOHON HENTI SEBAR KHABAR ANGIN TIDAK BENAR



"Kepada mereka yang menyangka ayah sudah meninggal dunia, sekadar untuk menjelaskan, ayah saya masih hidup.

"Beliau didiagnos dengan kans£r limfoma tahap empat pada akhir 2021, namun, berjaya melawannya dan terus kuat sehingga hari ini.

"Ayah menjadi wali pada hari perkahwinan saya. Kami hargai keprihatinan anda, tetapi mohon tidak sebar berita yang tidak sahih."

Itulah tulis anak sulung kepada penyanyi terkenal, Datuk Shiela Majid iaitu penyanyi Kayda Aziz, menerusi hantaran media sosial, dimana dia memohon agar berhenti menyebarkan khabar angin tidak benar mengenai bapanya, komposer terkenal, Roslan Aziz.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran yang dimuat naik tersebut, Kayda atau Wan Nur Khaleda Roslan, 34, menjelaskan, bapanya itu masih hidup dan menjadi wali pada majlis pernikahannya di sini, baru-baru ini.

Disamping itu, Kayda turut berkongsi video lafaz ijab kabul yang disempurnakan Roslan yang dilihat menyarung baju Melayu hijau.

Pada 2 Februari lalu, Kayda selamat diijabkabul dengan pasangan, Muhammad Syafiq Othman, 35, dalam satu majlis nikah yang diadakan secara tertutup.
Difahamkan, Roslan disahkan menghidap kans£r limfoma pada Disember 2021, sebelum kemudiannya doktor mengesahkan dia bebas dari peny@kit itu pada Ogos tahun berikutnya.

Untuk makluman, Roslan pernah berkahwin dengan Sheila dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kayda dan adiknya, Megat Abdul Majid Aziz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: