13 February 2026

TAHNIAH - HAFIZ SUIP SAH BERNIKAH KALI KEDUA, FIONA KINI MILIKNYA



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, penyanyi Hafiz Suip, 35, kini sah kembali bergelar suami dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching, Sarawak, pada petang Jumaat.

Dalam majlis tersebut, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, telah disatukan dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona Saffiyya dan penyanyi itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120.

Menurut penata gaya Kherry Mazelan, majlis pernikahan itu dibuat secara tertutup, dimana ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Klik untuk gambar besar

"Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar sebagai suami isteri," tuturnya yang bertanggungjawab menjadi penata gaya untuk Hafiz dalam majlis tersebut.

Untuk makluman, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan mereka sah bercerai pada Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Hafiz dan Nureffy dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: