Menerusi perkongsian Rosix Omar di media sosial, dia telah berkongsi gelagat anak kepada teman baiknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden bersama duit raya yang diperolehnya tahun ini.
Dalam video yang dikongsikan, Jebat yang juga anak pelakon Sharnaaz Ahmad itu dilihat mengira duit raya bersama ibunya.
Namun apa yang menarik perhatian, hasil kutipan duit raya Jebat ini mencecah belasan ribu ringgit iaitu sebanyak RM18,369.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan jumlah duit raya diterima oleh Jebat.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan jumlah duit raya Jebat bukan saja lebih banyak dari gaji mereka, malah gaji tahunan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment