"23/02/2026- 23/03/2026 genap sebulan duhai anak solehku. ANDRE MIKHAIL BIN KHAIRIL IZHAR
"~AL FATEHAH~ Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu (Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, berilah keselamatan kepadanya, dan ampunilah d0sanya)."
Itulah tulis pelakon Amyza Aznan menerusi keterangannya yang turut menyertakan tanda pagar 'rindu selagi hayat dikandung badan' selepas genap sebulan anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, 23, meninggal dunia.
Melihat perkongsian video yang dimuat naik di media sosial, ia memaparkan Amyza sedang merapikan pusara anak itu yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melaw@n kans£r paru-paru tahap tiga pada 23 Februari lalu.
Klik untuk gambar besar
Malah, Amyza yang kelihatan bersendirian itu juga meletakkan batu nisan dipusara anak kesayangannya ini.
Dalam pada itu, seorang netizen telah tampil mempertahankan tindakan pelakon ketika menziarahi pusara anak lelakinya itu.
"Yang tidak merasakan tidak akan faham. Dia bukan meratapi, dia hanya memperindah tempat peristirehatan terakhir orang yang dia cintai yang raganya sudah tidak ada lagi dalam pandangan mata," katanya.
Sementara itu, rakan-rakan artisnya turut berkongsi perasaan sedih di ruangan komen, disamping turut menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Andre yang dikatakan anak yang baik oleh Amyza dan mereka yang mengenalinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment