28 March 2026

KEADAAN ABANG YANG HIDAP KANS£R DAR4H SEMAKIN P0SITIF - NOURUL DEPP LUAH RASA SYUKUR ATAS DOA KESEMBUHAN



Penyanyi Nourul Depp, 49, menerusi media sosial miliknya telah berkongsi keadaan terkini abangnya, Mohamad Rizal Ab Wahab yang sedang berjuang melaw@n kans£r dar@h, di mana tahap sel darah putih abangnya itu menunjukkan penurunan yang ketara berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, meluahkan rasa syukur tidak terhingga melihat perkembangan p0sitif abangnya itu.

"Simpan dalam hati tangisan sedih melihat abang. Alhamdulillah daripada 200 sel darah putih, turun kepada 55 hari ini. Masya-Allah Tabarakallah. Syukur," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Nourul turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk ahli keluarga dan peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa buat kesembuhan abangnya.

"Terima kasih atas doa semua buat abang saya, Mohamad Rizal Ab Wahab. Terima kasih semua seluruh keluarga, kakak, adik, dan semua ipar-duai. Teruskan berdoa," tuturnya.

Semalam, penyanyi lagu 'Kerana Terluk@' itu berkongsi berita hiba mengenai keadaan abangnya di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: