Setelah sekian lama menjadi teka-teki, akhirnya hubungan pasangan yang digelar BASS iaitu selebriti terkenal, Bella Astillah, 32, dan ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, terjawab apabila mereka selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Menerusi video siaran langsung, pasangan itu dilihat tampil anggun dan segak mengenakan busana berona biru muda dipadankan dengan tema majlis tersebut berwarna kuning.
Ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu melengkapkan majlis berkenaan mengikut adat resam Melayu dengan menyarung cincin di jari manis Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah.
Klik untuk gambar besar
Momen penuh bermakna tersebut dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak yang menggunakan tanda pagar atau hashtag 'Bella Syed Yes' khusus untuk hari bahagia mereka.
Namun apa yang menarik perhatian, hantaran daripada pihak Syed Saddiq di mana pihaknya memberi hantaran berbentuk kewangan dan masa depan termasuk pembukaan akaun Tabung Haji buat Bella serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) untuk dua anak tunangnya.
Untuk makluman, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum bercerai pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

















No comments:
Post a Comment